Monday 19 March 2012

Chilled Manggo Cheese Cake



Selalunya kalau buat cheese cake tak pernah nak menjadi... kali ini saya mencuba resepi Cik Mat Gebu... Hasilnya bolehlah.... Kepada peminat cheese cake.... kek ini sedap dimakan sejuk sejuk... Kerana kurang meminati segala yang berkaitan dengan cheese ... kek ini bukan lah kek kegemaran ku.



Beginilah rupanya Chilled Manggo Cheese Cake

Kira OK lah bagi yang pertama kali mencuba resepi ini

Add capGabungan Cheese & Mangga menjadikan kek ini sangat sedap dimakan

Belum begitu mahir lagi dengan teknik membuat cheese cake





Resepi boleh di perolehi di http://www.tiffinbiru.com/2011/01/chilled-mango-cheesecake.html



Thursday 8 March 2012

Kuih Tepung Pelita




Kuih ini begitu popular di bazar ramadan ketika bulan puasa. Kalau dulu saya adalah seorang pembeli kuih ini .... sekarang tidak lagi. Dulu saya merasakan kuih tepung pelita ini .. "macam susah nak buat" tapi dengan bantuan resepi yang baik .. ternyata telahan saya meleset sama sekali kerana untuk membuat kuih ini tidak sesusah seperti yang saya sangkakan. Kuih tepung pelita saya ini versi dalam bekas acuan kaca kerana senang hendak dibuat walaupun hilang seni asal cara tradisionalnya dengan acuan dari daun pandan.


Kombinasi santan, tepung beras, gula dan garam membuatkan kuih ini ...emmmm sedap

gabungan santan lemak masin di bahagian atas dengan adunan lemak tepung beras di bahagian bawahnya ... memberikan rasa yang tak cukup sebekas kalau dimakan.

Kuih tradisional melayu ini memang cantik


resepinya:- sila klik di http://www.myresipi.com/top/detail/80


Kek Coklat Sedap




So far dalam banyak banyak resepi kek coklat yang pernah saya cuba ... inilah kek coklat yang paling saya suka akan rasanya. Sedap atau tidak bergantung kepada citarasa masing masing....  kerana itu adalah pilihan sendiri. Walau bagaimana pun... jika sesiapa yang ingin mencuba kek coklat ini sudah pasti tidak akan mengecewakan. Saya akan tewas dengan kek ini kerana tanpa disedari boleh termakan dengan banyaknya tanpa rasa bersalah. Sebab itulah saya jarang sekali buat kek coklat ini.

Salah satu kek kegemaran saya

Sepotong kek coklat ini boleh menghilangkan segala kepenatan buat seketika



Sumber resepi:- dari blog masakan yang saya terlupa nak bookmark. Ampun dan maaf kepada tuan punya resepi sebab tak dapat nak bagi link ke blog beliau. Jika saya sudah terjumpa kembali blog tersebut saya akan taruk linknya di sini.

Resepinya:

Kek Coklat
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
• Pukul telur hingga kembang
• Masukkan gula dan pukul lagi
• Kemudian masukkan minyak masak
• Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
• Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
• Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Kuih Lapis Nyonya




Ramai yang berpuasa di rumah hari ini.. maka kuih lapis nyonya ini sebagai iringan juadah berbuka nanti. Resepinya saya perolehi dari sahabat saya Puan Monaliza. 


Kuihnya menjadi ... tapi lapisannya tidak begitu sempurna kerana warnanya kelihatan bercampur

Sepiring Kuih Lapis Nyonya

Kuih ini juga cantik kerana berwarna warni

Hajat dihati hendak membuat kuih lapis warna pelangi... tapi apakan daya hanya ada 4 warna perwarna yang ada di rumah

Resepinya boleh di perolehi dari demo masakan sahabat saya iaitu Puan Monaliza. Kuih ini tidak pun susah bagi yang mahu mencuba... lihatlah demo betul betul.. sudah pasti akan menghasilkan percubaan yang tidak mengecewakan.

Sediakan pen dan kertas sambil melihat video Puan Mona ini kerana resepinya akan beliau nayatakan sekali.... sila klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=N87qRBHd6yY&context=C3a6b2a4ADOEgsToPDskITXu3hoLQWsflfFEggUgoP


Thursday 1 March 2012

Kuih Cara Berlauk




Kuih muih tempatan sangat cantik kerana penuh dengan warna warni. Kali ini gabungan adunan bater yang berwarna kuning, cili merah, serunding daging dan daun sup (betul ke?) memperlihatkan hasil yang ternyata cantik bila difoto kan. Dengan tak malunya juga saya mengaku inilah kali pertama saya mencuba membuat kuih cara berlauk dan syukur alhamdulillah juga ... hasilnya ... berjaya ... rasanya sedap seperti yang dijual di warung warung kuih. Tapi kalau buat sendiri lebih sedap lagi kerana saya melebihkan serunding di tengah tengah kuih cara berlauk itu. Nak mengaku lebih sedap dari warung kuih adalah tidak adil kerana hanya beberapa rang sahaja yang makan kuih saya ini. Lihatlah gambar gambar di bawah ini....


Kali ini saya gunakan serunding daging buah tangan dari biras yang pulang dari Kota Bharu, Kelantan.
Minyak untuk menglenser acuan
tadaaaa ..... ginilah rupanya kuih cara berlauk yang sedang dimasak
Jangan lupa tutup dengan penutup periuk bagi masaknya sekata




Indahnya kuih muih tempatan yang berwarna warni


 

Yang ini untuk mak saya yang tidak makan cili


Kuih Cara Berlauk
Sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan 2 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
Untuk inti kuih cara
300gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dengan ayam atau daging cincang)
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Untuk topping atas kuih cara
daun sup dan daun bawang ( dihiris nipis)
sedikit cili merah ( dicincang halus)
( kalau nak letak sos cili sikit pun boleh, supaya nampak lagi merah intinye tu)
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender atau whisker tangan, kisar tepung gandum, gula, 1 sudu minyak masak, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan, kalau adunan nampak pekat, boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air. Tutup bekas adunan dan perap selama 30 minit atau lebih. step ini penting supaya adunan lebih mesra dan sebati.
2. Buat Inti Kuih Cara, isi udang, bawang besar dan bawang putih di cincang halus, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar dan bawang putih, biarkan agak garing baru masukkan udang, dan bawang besar serta  sedikit sos cili, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, biarkan inti agak kering , angkat dan sejukkan seketika.
3. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan acuan kuih cara, gliss acuan dengan minyak masak, setelah agak panas tuangkan adunan kuih cara 3/4 acuan, kemudian masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan pula dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
* kalau nak senang, masukkan adunan di dalam jug air, supaya senang dituangkan di dalam acuan nanti, mudah untuk dikawal sebab jug air kan ade muncung nye tu. : )
4. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika, masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.












Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...