Kuih Tepung Pelita
Kuih ini begitu popular di bazar ramadan ketika bulan puasa. Kalau dulu saya adalah seorang pembeli kuih ini .... sekarang tidak lagi. Dulu saya merasakan kuih tepung pelita ini .. "macam susah nak buat" tapi dengan bantuan resepi yang baik .. ternyata telahan saya meleset sama sekali kerana untuk membuat kuih ini tidak sesusah seperti yang saya sangkakan. Kuih tepung pelita saya ini versi dalam bekas acuan kaca kerana senang hendak dibuat walaupun hilang seni asal cara tradisionalnya dengan acuan dari daun pandan.
|
Kombinasi santan, tepung beras, gula dan garam membuatkan kuih ini ...emmmm sedap |
|
gabungan santan lemak masin di bahagian atas dengan adunan lemak tepung beras di bahagian bawahnya ... memberikan rasa yang tak cukup sebekas kalau dimakan. |
|
Kuih tradisional melayu ini memang cantik |
resepinya:- sila klik di http://www.myresipi.com/top/detail/80
No comments:
Post a Comment