Thursday, 8 March 2012

Kek Coklat Sedap




So far dalam banyak banyak resepi kek coklat yang pernah saya cuba ... inilah kek coklat yang paling saya suka akan rasanya. Sedap atau tidak bergantung kepada citarasa masing masing....  kerana itu adalah pilihan sendiri. Walau bagaimana pun... jika sesiapa yang ingin mencuba kek coklat ini sudah pasti tidak akan mengecewakan. Saya akan tewas dengan kek ini kerana tanpa disedari boleh termakan dengan banyaknya tanpa rasa bersalah. Sebab itulah saya jarang sekali buat kek coklat ini.

Salah satu kek kegemaran saya

Sepotong kek coklat ini boleh menghilangkan segala kepenatan buat seketika



Sumber resepi:- dari blog masakan yang saya terlupa nak bookmark. Ampun dan maaf kepada tuan punya resepi sebab tak dapat nak bagi link ke blog beliau. Jika saya sudah terjumpa kembali blog tersebut saya akan taruk linknya di sini.

Resepinya:

Kek Coklat
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
• Pukul telur hingga kembang
• Masukkan gula dan pukul lagi
• Kemudian masukkan minyak masak
• Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
• Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
• Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

No comments:

Post a Comment

Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...