Wednesday, 30 April 2014

Lepat Labu



Lepat labu adalah kesukaan saya berbanding dengan lepat pisang, lepat ubi dan lepat lepat yang lain. Sukar nak jumpa lepat ini di gerai gerai yang menjual kuih muih. Kenapa saya mencuba ..... sebab saya suka makan lepat ini tetapi tak ada jual di gerai kuih. Maka buat sendiri. Tak susah mana pun....



Hebat .... orang dahulu kala yang menggunakan daun pisang sebagai pembungkus lepat. 


Saya tidak menggunakan pewarna ... itu warna asal labu


Bagaimana ya ... satu ketika dahulu saya sungguh rajin mengambil gambar makanan berbanding sekarang



Resepinya:-

1 kilo labu .... buang kulit .. rebus atau pun kukus .... lecek lecek/hancurkan
santan 2 cawan 
gula pasir 1 cawan
tepung gandum 1 1/2 cawan 
tepung jagung 1/2 cawan 
garam secukup rasa ..... 
campur semua sekali ..... macam nak buat lepat pisang ataupun ubi.... bungkus dlm daun pisang dan kukus.... itu saja

No comments:

Post a Comment

Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...