Wednesday 26 September 2012

Biskut Gajus


Sebenarnya cerita Biskut Gajus ini saya buat masa bulan Ramadan lagi tapi masih duduk dalam draft rupanya.... hari ini baru post.... cerita bulan puasa yang lalu

Tiba tiba terasa rajin pulak meng update blog hari ini. En Suami saya baru pulang dari Jeddah beberapa hari yang lalu. Maka seperti biasa kacang gajus akan dibelinya selain dari kurma dan lain lain lagi. Apabila melihat blog seorang blogger masakan tersohor ... blog Puan Azlita dengan biskut gajusnya... maka saya pun membuat biskut gajus juga lah...  walaupun tidak secantik biskut gajus dari blog tersebut ...tapi ok lah.... daripada tiada baiklah ada... 

Ini buah gajus yang sebenar

Biskut gajus saya yang sudah siap dibakar


Rasanya .... ermmmm .... saya tak suka rasa biskut ini



 
   Tidak banyak saya buat biskut raya .... bak kata orang ..buat sekadar ..jangan tak ada...




Wednesday 8 August 2012

Biskut Suji 



Catatan di ramadan yang ke 19.

Huuuuuhhhh ..... rasa kurang selesa akibat cari pasal buat biskut gajus. Ingatkan senang dan cepat proses pembuatannya... tetapi tidak seperti yang saya fikirkan. Banyak kerja juga berbanding dengan biskut suji ini yang tersangat mudah dan senang hendak membuatnya. Tiada olesan kuning telur, tiada biji gajus yang hendak diletakkan .... kalau tak percaya cubalah..... resepinya tersangat mudah dan proses pembuatannya juga tersangatlah mudah. Tiada banyak gambar yang saya ambil maka kuranglah pilihan gambar gambar yang cantik untuk diletakkan di blogku yang tidak seberapa ini.


Doh biskut suji yang telah di terap dengan acuan bentuk bulat.



Sambil menerap biskut... masih boleh mendengar bacaan Al Quran dan juga sempat FB .... ha ha ha



Satu tray sudah siap biskut sujiku.... biskut ini juga dikenali juga dengan nama biskut arab.. Kenapa Arab... saya pun tidak tahu...



Wahai orang orang yang beriman.... setiap kali mendengar suara Al Sudais ini bergetar membaca ayat ayat suci Al Quran saya akan melihat kembali maksud bacaannya itu... ternyata bagi yang memahami makna bacaan tersebut memang sungguh menggeletarkan jiwa....  Ya Allah... jadikanlah hambaMu ini insan yang baik dan taat kepada perintahMu...



Acuan bentuk bulat tiada ... maka saya gunakan acuan bunga yang telah saya terbalikkan. Akibatnya sakit jari sebab hujung2nya yang agak tajam




Resepinya:

Bahan bahannya:-

Minyak Sapi 400gm
Gula 400gm (kisar sehingga halus)
Tepung 900gm

Cara cara membuatnya:-

Masukkan minyak sapi ke dalam mangkuk, diikuti dengan gula .. kacau sebentar.. tak perlu lama sangat mengacaunya. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh boleh di terap dengan acuan. Bila doh sudah boleh di terap.... teraplah dengan bentuk acuan yang disukai. Saya cadangkan gunakan acuan bentuk bulat.

Sekian..

Wednesday 1 August 2012

Biji Nangka



Teringat sewaktu kecil ..mak akan buat pengat biji nangka ini. Selalunya orang akan buat biji nangka ini pakai tepung pulut ... tetapi kami di Mersing biasa menggunakan keledek dalam pembikinan biji nangka ini. Kalau di pantai timur biji nangka bahan asasnya hanya tepung pulut... cara masaknya sama saja dengan santan. Biji salak memang menggunakan keledek. Walau bagaimana pun dan apa nama sekali pun sejak dari kecil inilah pengat biji nangka kami. 

Oleh itu maka jadilah pengat biji nangka di ramadan yang ke 12 ini. Rasanya ummm .... memang sedap kerana kesukaan saya.





Haa .... tangan sebelah kiri pegang senduk & sebelah kanan pegang camera

Semangkuk biji nangka




Saja nak ambil gambar sudu yang ada batu merah tu..




Berkongsi juga bersama jiran terhampir


Resepi tiada kerana main agak agak/ikut rasa sahaja.

Nanti kalau rajin saya akan tulis bagaimana cara membuatnya.




Monday 30 July 2012

Tart Telur



Sekadar mengisi waktu petang yang terluang. Maka terhasillah kuih Tart Telur ini. Malas nak menaip maka cukuplah hanya gambar sahaja.



Sebenarnya sesiapa pun boleh buat Tart telur ini... cuma pastikan mengikut arahan resepinya



Kalau bukan bulan Ramadan .... tart telur ini enak dimakan ketika masih terasa panasnya lagi


Sudah sedia untuk berbuka nanti



Kulitnya ini boleh kita buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara


Untuk Resepinya saya perolehi dari sini:- http://www.myresipi.com/top/detail/113

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.




Apam Beras




Apam yang berwarna warni ini memang menjadi kegemaran anak anak satu ketika dulu. Masa itu maknya rasa nak buat apam ini susah dan cerewet.. maka tidak pernah ada cubaan untuk membuat kuih apam ini. Akhirnya disebabkan pecubaan membuat apam labu tempohari telah berjaya .... maka saya mencuba untuk membuat apam beras ini pula. Ternyata ianya memang sangat mudah dan terlalu senang untuk menyediakannya.

Apam 3 warna

Apam warna macam traffic light

Insyallah dilain waktu akan ditambah beberapa warna lagi


















Gambar ini diambil sekadar mengisi waktu terluang sebelum waktu bebuka puasa




Ini resepinya :-

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
atau boleh pergi ke sini sebab senang nak print resepinya:-  http://www.myresipi.com/top/detail/3578
Insyallah percubaan anda tidak akan menghampakan.







Apam Labu..



Hari ini Ramadan yang ke 5 adalah hari yang agak mencabar.. Dugaan yang menguji tahap kesabaran nafsu amarah...  Alhamdulillah... segala galanya dilalui juga walaupun rasa kurang selesa di dada. Begitulah resam kehidupan. Tiada manusia yang sempurna.....

Apa apa pun untuk menceriakan hari ini.... Apam Labu menjadi tempat untuk saya berkarya. Ha ha ha.... Ini bukan kali pertama saya mencuba resepi ini. Sebab hari Ahad lepas rasa macam tak puas makan apam ni... Ahad lepas tiada kelapangan waktu untuk mengambil gambar apam yang sedap lagi lembab ini. Cara membuatnya tak susah... senang dan rasanya juga adalah sedap... satu kelainan untuk pengemar pemgemar apam.



Acuan Tupperware hadiah dari seorang sahabat


Entah kenapa bancuhan yang dimasukkan ke dalam acuan ini menjadi lebih ketinggiannya walaupun sukatannya & saiz acuannya yang agak besar.

Ini versi apam labu yang berbentuk bintang


Apam labu 3 sederet




Bagi yang ingin mencuba untuk membuat apam ini bolehlah ke sini http://www.bisousatoi.com/2012/07/ramadhan-al-mubarak-apam-pumpkin.html
Tuan punya blog ini sangat kreatif dalam cara penghidangan segala apa yang dimasaknya. Hampir setiap hari saya menjadi pengunjung setia blognya.












Monday 11 June 2012

My Rome Trip

Hanya Sekadar Catatan Perjalanan Dari Seorang Makcik


Akibat nak cepat saya telah ter delete tulisan saya yang sebelum ini....  dari Altitude 39000 kaki di udara :( :(

Selama ini saya hanya banyak membaca catatan perjalanan orang lain... dan dalam hati ini berkata....  kalau macam ni aku pun boleh buat. Tapi ternyata apa yang terdetik di hati sendiri yang "aku pun boleh buat" bukan satu yang mudah rupanya. Kemahiran untuk melakarkan cerita dari perjalanan yang telah berlaku itu memerlukan sesuatu yang dipanggil "kerajinan untuk menulis" dan saya rasa saya kurang mempunyai apa itu yang dipanggil "kerajinan"... Ha ha ha .... Oleh itu .. saya menjadikan perjalanan ke Kota Rome mengikut suami bertugas hujung Disember 2011 lalu sebagai catatan perjalanan pertama saya walaupun ini bukan kali pertama saya ke bandar antik ini. Hanya sekadar catatan perjalanan dari saya seorang makcik.

Kerana baru ada account Youtube yang semata mata bagi tujuan memasukkan slide video ini ke dalam blog yang tak seberapa ini.... Saya mulakan dengan slide video yang saya buat sendiri ini sebagai kenangan di Kota Rome. Saya teramat menyukai kota antik ini. Terasa sangat nyaman bila berjalan jalan di celah celah bangunan lama dan saya berasakan seolah olah saya berada di zaman purba kala dengan adanya tinggalan sejarah dari zaman itu. Saya juga tidak jemu berangan angan di luar luar kedai yang menjual segala barangan berjenama yang hanya mampu saya lihat. Berangan angan itu adalah percuma... oleh itu saya akan terus berangan angan. Jika ada rezeki pasti saya akan datang lagi ke sini. Mudah mudahan Rome akan datang semula sebagai destinasi pernerbangan Malaysia Airline. 

After mencuba berkali kali meng upload (saya pun tak pasti upload ke download) video ini ke dalam Youtube ... akhirnya saya berjaya. Terasa sangat gembira di hati kerana bukan mudah untuk orang seperti saya yang agak kurang mesra hal ehwal pengkomputeran untuk menguasai dengan cepat akan bahasa bahasa komputer. Alhamdulillah jika kita rajin mencuba pasti akan ada kejayaan yang akan menyusul.



Bukan mudah juga hendak memilih dari ratusan gambar yang telah diambil... end up saya menjadi tidak begitu memilih gambar gambar yang mahu dimasukkan ke dalam slide video ini.


Kerana kota Rome begitu sinonim dengan tinggalan bangunan Colosseum ini .. maka gambar Colosseum ini merupakan gambar pertama yang saya letakkan di sini. Bangunan  Colosseum yang merupakan bangunan yang begitu gah di Zaman Empire Roman satu ketika dahulu 

Jika kita menonton cerita cerita yang berlatar belakangkan zaman dahulu... saya rasa Colosseum ini semacam stadium bagi mempamerkan pelbagai acara & pertunjukkan seperti .... orang lawan orang dan juga orang lawan dengan binatang (ini imiginasi saya sendiri tanpa sebarang rujukan dari mana mana... maaf jika tidak mengikut fakta sejarah)

The Arch of Constantine (saya baru tahu hari ini after mengoogle di wikipedia) semasa mengambil gambar ini saya hanya melihat sahaja tanpa ada rasa sebarang minat untuk mengetahui apakah nama bangunan kecil itu

Fontana de Trevi .... semua orang akan bergambar di sini dan ada yang akan duduk ber jam jam lamanya dengan memandang air terjun ini dengan penuh rasa kagum dan  minat yang sangat mendalam .... tetapi bukan saya.. saya hanya berhenti untuk mengambil gambar sahaja. Saya kurang minat dengan Fontana de Trevi ini

Spanish Steps .... itu saja yang saya tahu

Di mana dan apa nama tempat ini saya sudah lupa... apa yang saya ingat ialah saya mahu bergambar berlatarbelakangkan patung orang yang tak pakai seluar di belakang itu
  




                      Fontana della Barcaccia (masa saya mengambil gambar ini saya tidak ketahui apa nama air terjun ini)




















Kedai Kasut Jimmy Choo orang Malaysia


hanya sekadar gambar :D ... belum bersedia untuk masuk ke dalam kedai itu lagi






Di Rome yang terkenal dengan butik butik barangan berjenama  tidak dapat lari juga dengan penjualan bag bag jenama tiruan.... saya pun tidak berani untuk melihat bag yang dijual oleh orang itu...
Saya mengambil gambar secara sambil lalu... LV? PRADA? DIOR?


CHANEL pun ada tu...


Pelukis Jalanan






Dekat dekat dengan hotel penginapan.... dalam perjalan balik dari train station




Basikal yang tiada temput duduknya


Dari Station Termini di Rome 













Train ini yang membawa kami ke station yang berhampiran dengan menara pisa


Penunjuk arah saya yang jarang sesat... saya tidak berminat membaca peta ...... ha ha ha walaubagaimana pun jika ada peta shopping mall... saya tidak akan sesat jika bersendirian 





 Sungai di dalam bandar.. Apa nama sungai ini tidak ku ketahui



Saya rasa bersyukur bila dapat melihat salah benda benda ajaib di dunia ini



Bangunan yang berhampiran dengan Menara Condong Pisa





besi besi ini mungkin digunakan untuk membaik pulih menara yang condong ini....



Bangunan berhampiran dengan menara Pisa



My fav gambar yang saya ambil...... suasana yang sangat harmoni antara pejalan kaki, penunggang basikal, motorsikal dan juga pemandu kereta. Mereka boleh bertoleransi sesama mereka berkongsi jalan yang sempit sebegitu. Tiada bunyi hon yang membingitkan telinga dan tiada juga orang orang memaki hamun (kalau ada pun mungkin saya tidak memahaminya)





Saya juga sempat ke Premium Outlet yang bernama THE MALL .... Jika bercadang untuk berbelanja membeli barangan designer ... saya rasa lebih baiklah beli di Rome sahaja kerana di THE MALL kurang pilihan.




Keadaan saya yang sudah tidak terurus akibat seharian berjalan dan juga aktiviti tawaf kedai kedai di THE MALL.. Akhirnya saya sambung window shopping di Rome semula.....



Walaupun perjalanan saya tidak lama kerana cuma ada 3 hari penuh di Rome... tetapi secara keseluruhannya saya sangat gembira dengan trip kali ini. Kini Rome tidak lagi menjadi singgahan pesawat Malaysia Airline. Mudah mudahan dalam waktu terdekat ini Rome akan menjadi destinasi pernerbangan Malaysia Airline semula.









































































Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...