Monday 30 July 2012

Tart Telur



Sekadar mengisi waktu petang yang terluang. Maka terhasillah kuih Tart Telur ini. Malas nak menaip maka cukuplah hanya gambar sahaja.



Sebenarnya sesiapa pun boleh buat Tart telur ini... cuma pastikan mengikut arahan resepinya



Kalau bukan bulan Ramadan .... tart telur ini enak dimakan ketika masih terasa panasnya lagi


Sudah sedia untuk berbuka nanti



Kulitnya ini boleh kita buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara


Untuk Resepinya saya perolehi dari sini:- http://www.myresipi.com/top/detail/113

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.




Apam Beras




Apam yang berwarna warni ini memang menjadi kegemaran anak anak satu ketika dulu. Masa itu maknya rasa nak buat apam ini susah dan cerewet.. maka tidak pernah ada cubaan untuk membuat kuih apam ini. Akhirnya disebabkan pecubaan membuat apam labu tempohari telah berjaya .... maka saya mencuba untuk membuat apam beras ini pula. Ternyata ianya memang sangat mudah dan terlalu senang untuk menyediakannya.

Apam 3 warna

Apam warna macam traffic light

Insyallah dilain waktu akan ditambah beberapa warna lagi


















Gambar ini diambil sekadar mengisi waktu terluang sebelum waktu bebuka puasa




Ini resepinya :-

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
atau boleh pergi ke sini sebab senang nak print resepinya:-  http://www.myresipi.com/top/detail/3578
Insyallah percubaan anda tidak akan menghampakan.







Apam Labu..



Hari ini Ramadan yang ke 5 adalah hari yang agak mencabar.. Dugaan yang menguji tahap kesabaran nafsu amarah...  Alhamdulillah... segala galanya dilalui juga walaupun rasa kurang selesa di dada. Begitulah resam kehidupan. Tiada manusia yang sempurna.....

Apa apa pun untuk menceriakan hari ini.... Apam Labu menjadi tempat untuk saya berkarya. Ha ha ha.... Ini bukan kali pertama saya mencuba resepi ini. Sebab hari Ahad lepas rasa macam tak puas makan apam ni... Ahad lepas tiada kelapangan waktu untuk mengambil gambar apam yang sedap lagi lembab ini. Cara membuatnya tak susah... senang dan rasanya juga adalah sedap... satu kelainan untuk pengemar pemgemar apam.



Acuan Tupperware hadiah dari seorang sahabat


Entah kenapa bancuhan yang dimasukkan ke dalam acuan ini menjadi lebih ketinggiannya walaupun sukatannya & saiz acuannya yang agak besar.

Ini versi apam labu yang berbentuk bintang


Apam labu 3 sederet




Bagi yang ingin mencuba untuk membuat apam ini bolehlah ke sini http://www.bisousatoi.com/2012/07/ramadhan-al-mubarak-apam-pumpkin.html
Tuan punya blog ini sangat kreatif dalam cara penghidangan segala apa yang dimasaknya. Hampir setiap hari saya menjadi pengunjung setia blognya.












Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...