Hanya Sekadar Catatan Perjalanan Dari Seorang Makcik
Akibat nak cepat saya telah ter delete tulisan saya yang sebelum ini.... dari Altitude 39000 kaki di udara :( :(
Selama ini saya hanya banyak membaca catatan perjalanan orang lain... dan dalam hati ini berkata.... kalau macam ni aku pun boleh buat. Tapi ternyata apa yang terdetik di hati sendiri yang "aku pun boleh buat" bukan satu yang mudah rupanya. Kemahiran untuk melakarkan cerita dari perjalanan yang telah berlaku itu memerlukan sesuatu yang dipanggil "kerajinan untuk menulis" dan saya rasa saya kurang mempunyai apa itu yang dipanggil "kerajinan"... Ha ha ha .... Oleh itu .. saya menjadikan perjalanan ke Kota Rome mengikut suami bertugas hujung Disember 2011 lalu sebagai catatan perjalanan pertama saya walaupun ini bukan kali pertama saya ke bandar antik ini. Hanya sekadar catatan perjalanan dari saya seorang makcik.

Kerana baru ada account Youtube yang semata mata bagi tujuan memasukkan slide video ini ke dalam blog yang tak seberapa ini.... Saya mulakan dengan slide video yang saya buat sendiri ini sebagai kenangan di Kota Rome. Saya teramat menyukai kota
antik ini. Terasa sangat nyaman bila berjalan jalan di celah celah
bangunan lama dan saya berasakan seolah olah saya berada di zaman purba kala dengan adanya tinggalan sejarah dari zaman itu. Saya juga tidak jemu berangan angan di luar luar kedai yang menjual
segala barangan berjenama yang hanya mampu saya lihat. Berangan angan
itu adalah percuma... oleh itu saya akan terus berangan angan. Jika ada
rezeki pasti saya akan datang lagi ke sini. Mudah mudahan Rome akan
datang semula sebagai destinasi pernerbangan Malaysia Airline.
After
mencuba berkali kali meng upload (saya pun tak pasti upload ke download)
video ini ke dalam Youtube ... akhirnya saya berjaya. Terasa sangat
gembira di hati kerana bukan mudah untuk orang seperti saya yang agak
kurang mesra hal ehwal pengkomputeran untuk menguasai dengan cepat akan
bahasa bahasa komputer. Alhamdulillah jika kita rajin mencuba pasti akan
ada kejayaan yang akan menyusul.
Bukan mudah juga hendak memilih dari ratusan gambar yang telah diambil... end up saya menjadi tidak begitu memilih gambar gambar yang mahu dimasukkan ke dalam slide video ini.
| Spanish Steps .... itu saja yang saya tahu |
Di mana dan apa nama tempat ini saya sudah lupa... apa yang saya ingat ialah saya mahu bergambar berlatarbelakangkan patung orang yang tak pakai seluar di belakang itu
|
![]() |
| Kedai Kasut Jimmy Choo orang Malaysia |
| Saya mengambil gambar secara sambil lalu... LV? PRADA? DIOR? |
| CHANEL pun ada tu... |
| Pelukis Jalanan |
![]() |
| Dekat dekat dengan hotel penginapan.... dalam perjalan balik dari train station Basikal yang tiada temput duduknya |
| Dari Station Termini di Rome |
| Train ini yang membawa kami ke station yang berhampiran dengan menara pisa |
Penunjuk arah saya yang jarang sesat... saya tidak berminat membaca peta ...... ha ha ha walaubagaimana pun jika ada peta shopping mall... saya tidak akan sesat jika bersendirian
|