Kuih Cara Berlauk
Kuih muih tempatan sangat cantik kerana penuh dengan warna warni. Kali ini gabungan adunan bater yang berwarna kuning, cili merah, serunding daging dan daun sup (betul ke?) memperlihatkan hasil yang ternyata cantik bila difoto kan. Dengan tak malunya juga saya mengaku inilah kali pertama saya mencuba membuat kuih cara berlauk dan syukur alhamdulillah juga ... hasilnya ... berjaya ... rasanya sedap seperti yang dijual di warung warung kuih. Tapi kalau buat sendiri lebih sedap lagi kerana saya melebihkan serunding di tengah tengah kuih cara berlauk itu. Nak mengaku lebih sedap dari warung kuih adalah tidak adil kerana hanya beberapa rang sahaja yang makan kuih saya ini. Lihatlah gambar gambar di bawah ini....
|
Kali ini saya gunakan serunding daging buah tangan dari biras yang pulang dari Kota Bharu, Kelantan. |
|
Minyak untuk menglenser acuan |
|
tadaaaa ..... ginilah rupanya kuih cara berlauk yang sedang dimasak |
|
Jangan lupa tutup dengan penutup periuk bagi masaknya sekata |
|
|
|
|
|
|
Indahnya kuih muih tempatan yang berwarna warni |
|
|
|
|
|
|
Yang ini untuk mak saya yang tidak makan cili |
Kuih Cara Berlauk
Sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan 2 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
Untuk inti kuih cara
300gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dengan ayam atau daging cincang)
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Untuk topping atas kuih cara
daun sup dan daun bawang ( dihiris nipis)
sedikit cili merah ( dicincang halus)
( kalau nak letak sos cili sikit pun boleh, supaya nampak lagi merah intinye tu)
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender atau whisker tangan,
kisar tepung gandum, gula, 1 sudu minyak masak, santan, garam, telur
sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan,
kalau adunan nampak pekat, boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air. Tutup
bekas adunan dan perap selama 30 minit atau lebih. step ini penting
supaya adunan lebih mesra dan sebati.
2. Buat Inti Kuih Cara, isi udang, bawang besar dan bawang putih di
cincang halus, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar dan
bawang putih, biarkan agak garing baru masukkan udang, dan bawang besar
serta sedikit sos cili, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan sedikit
garam dan gula, biarkan inti agak kering , angkat dan sejukkan seketika.
3. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan acuan kuih cara, gliss
acuan dengan minyak masak, setelah agak panas tuangkan adunan kuih cara
3/4 acuan, kemudian masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan pula dengan
hirisan daun bawang dan cili merah.
* kalau nak senang, masukkan adunan di dalam jug air, supaya senang
dituangkan di dalam acuan nanti, mudah untuk dikawal sebab jug air kan
ade muncung nye tu. : )
4. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika,
masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya
masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.