Coretan pertama..... Blog Langit Itu Biru....
Kau tinggi di awan biru? Cuba tengok awan tu apa warnanya. Putih macam kapas kan. Begitulah adanya kita sebagai manusia yang akan menyuai padankan sesuatu itu mengikut apa yang kita rasa dan apa yang kita pilih sendiri. Hakikatnya ...awan itu tidak biru tapi langit itu biru dan tiada sempadannya. Begitu indah ciptaan Allah yang maha besar. Tidak pernah silap dengan segala kejadian yang diciptanya.
Maka bermulalah sesuatu yang baru hari ini.... mencatat apa yang dirasa sekadar mengisi masa lapang. Tiada tujuan atau motif tertentu kerana ini hanyalah "blog sekadar mengisi masa lapang sekiranya berkesempatan". Ada ketikanya bosan juga dengan fenomena Facebook. Sekali sekala ingin juga beralih angin kepada sesuatu yang boleh menguji kemampuan diri sendiri untuk menulis... sangat lucu kerana sewaktu kecil saya sangat suka membaca buku cerita dan berangan angan untuk menjadi seorang penulis buku. Oleh yang demikian rasanya untuk menjadi seorang penulis buku itu tidak berkesampaian.... cukuplah sekadar menulis secara suka suka di blog sendiri.
Kenapa saya pilih "Langit Itu Biru" .... jawapannya.. inilah kehidupan saya yang sebenarnya. Separuh dari kehidupan saya orang yang tersayang akan berada tinggi di langit biru. Soon.. my son juga akan berada tinggi di langit biru. Tuhan saja yang tahu bagaimana nak mengambarkan perasaan ini bila orang yang tersayang berada di langit biru.... huhhh ....
Gambar ini saya ambil dalam pernerbangan saya dari KLIA ke Kota Kinabalu Sabah.... Saya suka mengambil gambar. Sekadar suka suka...
Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan kelapangan waktu .... semoga hari ini .. esok dan seterusnya blog ini akan hidup segar dan mekar.
Siapa sangka kenderaan yang sangat seperti kapalterbang .. boleh terbang di atas awan ... |
No comments:
Post a Comment