Kuih Cara
Dek kerana dah membeli acuan bentuk buah cermai ini di Singapore Street, Seremban ... maka percubaan membuat kuih cara pun dilakukanlah dengan perasaan yang sangat teruja. Syukur alhamdulillah percubaan pertama saya membuat kuih cara ini berjaya. Satu ketika dahulu saya rasa macam susah saja nak buat kuih ini... ternyata telahan saya itu meleset sama sekali. Jika semua bahan bahan ada di rumah... kuih cara ini lebih cepat dari buat jemput jemput udang untuk tetamu yang datang berkunjung secara tiba tiba.
Resepinya saya ambil dari :-

Biarkan sekejap ... baru sudukan gula ke dalam acuan bunga cermai itu |
inilah dia kuih cara manis yang sudah ditangkup 2 |
Alah membeli acuan bunga cermai ... menang memakainya kerana kos untuk membuat kuih ini adalah murah |
http://resepisedap-nennie.blogspot.com/2011/05/kuih-cara-manis.html
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
BAHAN INTI KUIH :
Gula secukupnya
CARA MEMASAK :
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~
Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan
ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk
memastikan adunan tidak berketul .
~
Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu
disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~
Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga
masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit
bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
No comments:
Post a Comment