Wednesday, 29 February 2012


Kuih Koleh Kacang




Kuih koleh kacang ini begitu popular di negeri Johor. Tapi kini nak dapat kuih ini lengkap dengan tahi minyaknya teramatlah payahnya. Satu ketika dahulu saya sering menempah kuih ini sebagai buah tangan kepada sahabat sahabat yang menjemput ketika kenduri di rumah mereka. Sekarang alhamdulillah.... saya dah pun pandai buat sendiri dan tak payah tempah lagi. Jimat pun jimat.


Siapalah koleh kacang jika tanpa tahi minyaknya

kombinasi santan, gula merah dan tepung kacang hijau menjadikan kuih ini sangat sedap



Kuih ini tidak susah nak dibuat seperti yang saya sangkakan satu ketika dahulu

Resepi Kuih Koleh Kacang 
(resepi saya perolehi dari Puan Monaliza)

A. 400 gram gula merah
100 gram gula putih
300 ml air

B. 300 gram tepung kacang hijau ( Baba's Roasted Peel atau Lingam's Roasted Peel )
1 sudu teh garam

C. 400 ml santan pekat
1300 ml air

D. 400 ml santan pekat

Cara cara membuatnya

1. Masak semua bahan bahan A sehingga mendidih & semua gula larut dalam air. Tapiskan.
2. Satukan bahan bahan B & C. Kacau rata dalam periuk menggunakan "whisk" supaya tepung kacang hijau tadi mudah larut dan tidak bergentel gentel.
3 Kemudia masukkan bahan A kedalam periuk dengan B & C tadi. Kacau di atas api yang sederhana besar sehingga pekat selama 1/2 jam. Tutup sebentar dengan penutup periuk selama 15 minit. ( jangan lupa untuk mengacau setiap 5 minit ).
4. Bila sudak masak, tuangkan ke dalam loyang dan taburkan dengan tahi minyak.
5. Puan puan boleh juga masukkan 2 sudu minyak dari hasil tapisan tahi minyak ke dalam periuk kole kacang tadi. Kuih itu akan menjadi lebih berkilat. Jika tidak masukkan minyak pun kuih ini akan menjadi.

Cara cara membuat tahi minyak

Masukkan 400 ml santan ke dalam periuk dan masaklah sehingga keluar minyak. Jangan lupa untuk mengacau dan terus mengacau sehingga garing keperangan. Peringatan... jangan tunggu sehingga warna perang untuk menutup api kerana silap silap tahi minyak itu akan hangus. Tutip api bila warna tahi minyak itu hampir hampir perang. Tapis untuk mengasingkan tahi minyak dengan minyaknya.


Tips: Jangka waktu memasak tahi minyak lebih kurang sama dengan masaknya kuih kole kacang ini. Puan puan boleh masak kedua duanya serentak. Hati hati dengan percikkan minyak sewaktu mengacau tahi minyak.

Satu lagi.... ikutlah resepi ini dengan tepat untuk menhasilkan kuih kole kacang seperti di atas. Kerana saya pun tak berapa pandai memasak. Cuma pandai ikut resepi sahaja.



Kuih Cara




Dek kerana dah membeli acuan bentuk buah cermai ini di Singapore Street, Seremban ... maka percubaan membuat kuih cara pun dilakukanlah dengan perasaan yang sangat teruja. Syukur alhamdulillah percubaan pertama saya membuat kuih cara ini berjaya. Satu ketika dahulu saya rasa macam susah saja nak buat kuih ini... ternyata telahan saya itu meleset sama sekali. Jika semua bahan bahan ada di rumah... kuih cara ini lebih cepat dari buat jemput jemput udang untuk tetamu yang datang berkunjung secara tiba tiba.



Biarkan sekejap ... baru sudukan gula ke dalam acuan bunga cermai itu


inilah dia kuih cara manis yang sudah ditangkup 2


Alah membeli acuan bunga cermai ... menang memakainya kerana kos untuk membuat kuih ini adalah murah


Resepinya saya ambil dari :- 
http://resepisedap-nennie.blogspot.com/2011/05/kuih-cara-manis.html


BAHAN-BAHAN :


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya


CARA MEMASAK :



~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.



~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.




Kuih Talam Suji




Saya sukakan kombinasi warna kuih ini. Kuih Talam Suji ini adalah kuih talam yang sangat mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan kepakaran membuat kuih yang hebat untuk membuat kuih ini.  Insyallah jika mengikut arahan dari resepi maka akan menjadilah talam suji itu. Cubalah... pasti berjaya. Gambar gambar ini saya ambil dari Facebook saya.



Sepotong Kuih Talam Suji

Rasanya ada kelainan disebabkan kita menggunakan tepung suji.


Ini resepinya: Diperolehi dari http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/talam-suji.html

TALAM SUJI

Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


                             
Semoga saya rajin untuk meletakkan gambar gambar kuih yang pernah saya buat di sini. Insyallah.
Coretan pertama.....  Blog Langit Itu Biru....




Kau tinggi di awan biru? Cuba tengok awan tu apa warnanya.  Putih macam kapas kan. Begitulah adanya kita sebagai manusia yang akan menyuai padankan sesuatu itu mengikut apa yang kita rasa dan apa yang kita pilih sendiri. Hakikatnya ...awan itu tidak biru tapi langit itu biru dan tiada sempadannya. Begitu indah ciptaan Allah yang maha besar. Tidak pernah silap dengan segala kejadian yang diciptanya.

Maka bermulalah sesuatu yang baru hari ini.... mencatat apa yang dirasa sekadar mengisi masa lapang. Tiada tujuan atau motif tertentu kerana ini hanyalah "blog sekadar mengisi masa lapang sekiranya berkesempatan". Ada ketikanya bosan juga dengan fenomena Facebook. Sekali sekala ingin juga beralih angin kepada sesuatu yang boleh menguji kemampuan diri sendiri untuk menulis... sangat lucu kerana sewaktu kecil saya sangat suka membaca buku cerita dan berangan angan untuk menjadi seorang penulis buku. Oleh yang demikian rasanya untuk menjadi seorang penulis buku itu tidak berkesampaian.... cukuplah sekadar menulis secara suka suka di blog sendiri.

Kenapa saya pilih "Langit Itu Biru" .... jawapannya.. inilah kehidupan saya yang sebenarnya. Separuh dari kehidupan saya orang yang tersayang akan berada tinggi di langit biru. Soon.. my son juga akan berada tinggi di langit biru. Tuhan saja yang tahu bagaimana nak mengambarkan perasaan ini bila orang yang tersayang berada di langit biru.... huhhh .... 


Gambar ini saya ambil dalam pernerbangan saya dari KLIA ke Kota Kinabalu Sabah.... Saya suka mengambil gambar. Sekadar suka suka... 

Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan kelapangan waktu .... semoga hari ini .. esok dan seterusnya blog ini akan hidup segar dan mekar.


Siapa sangka kenderaan yang sangat seperti kapalterbang .. boleh terbang di atas awan ...

Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...