Wednesday, 30 April 2014

Kek Cheetah



Bila saya lihat semula gambar hasil kek cheetah saya ini ..... saya macam tak percaya saya telah membuat kek ini.... Walau bagaimana pun ... hasilnya jauuuuuuh berbeza bagai langit dan bumi dengan resepi dari tuan punya blog yang saya ambil resepinya.


Tq to my friend yang memberi buah strawberry sebagai buah tangan dari Cameron Highland



Hmmmmm.....  



Buah strawberry yang segar dan cantik



Hanya ini keupayaan saya



Resepi kek ini .....

Lihatlah resepi dan hasil kek yang sangat cantik ini dari tuan punya blog di http://www.azlitamasammanis.com/2012/10/leopard-cake-cheetah-cake.html 

Tuesday, 29 April 2014

Kek Puding Karamel


Kek ini sangat sedap & cantik!!!   Pada mulanya saya rasa resepi ini susah tetapi telahan saya itu meleset. Jika boleh membaca dan mengikut arahan resepi .... kejayaan pasti memihak kepada yang berani mencuba resepi ini.



Sebiji Kek Karamel


:) pandangan sisi


.

Begitulah rupa belang belang yang dihasilkan dari 2 warna





Sepotong kek



Saturday, 12 April 2014

My Mak & MH370



Peristiwa MH370 masih menjadi tajuk berita utama berita TV dan akhbar akhbar utama sehingga kini. Pelbagai cerita mengenainya selalu muncul di laman sosial mengenai MH370. Pelbagai cerita... kadang kala sungguh menganggu emosi.

Ulasan demi ulasan dari ramai pakar membuatkan saya tersedar bertapa kita mempunyai terlalu ramai pakar ... saya sangat kagum.. pelbagai profesor dari pelbagai bidang muncul di kaca TV saban hari. Maka saya mula mengetahui ada juga pakar yang mengkaji lautan... boleh mengetahui trend arus lautan dan lain lain lagi mengenai lautan. Semua stesen TV berlumba lumba memberikan pelbagai maklumat. Akhbar pula mempamerkan gambar aset aset yang digunakan bagi proses mencari dan menyelamat "SAR"

Bagi yang begitu meminati kapalterbang tidak kira besar atau kecil... saya menjadi teruja....sangat  teruja melihat jenis pesawat  yang digunakan. Walaubagaimana pun ...itu semua bukan menjadi bahan utama bagi pengisian blog saya kali ini. Kali ini saya akan menulis tentang ibu saya yang saya rasa terlalu mengikuti perkembangan MH370 ini.

Biodata ibu saya amat mudah.... umurnya 77 tahun. Beliau bukan seorang profesor atau pakar dalam mana mana bidang. Oleh itu sebarang kenyataan darinya tidak boleh kita guna pakai atau dijadikan sebagai rujukan rasmi. Dek kerana saban hari dia membaca akhbar dan menonton sebarang berita dan bual bicara tentang pesawat MH370 ... dia tahu apa itu pesawat P3 Orion,  ... P3 Orion menggunakan 4 enjin yang menggunakan kipas... lalu dia bertanya kepada saya.... Bagaimana pesawat P3 Orion yang menggunakan kipas boleh "terangkat" (itu bahasa orang tua sepertinya) yang bermaksud terbang. Saya tewas ... kerana tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuknya kerana sememangnya saya tidak tahu.

Begitulah adanya setiap hari selama sebulan ... saya melayan pelbagai pertanyaan dari ibu saya ini. Pelbagai soalan... sangat banyak soalannya dan kenyataan yang dikeluarkan olehnya setiap hari ..... "SETIAP HARI" (hmmmm ... saya insaf ... mungkin sewaktu kecil juga saya begitu agaknya) sehinggalah satu hari dia menyuruh saya memberitahu suami saya yang pesawat MH370 sekarang...  "dia rasa" sedang berada di Myanmar. Saya merasakan ianya sangat melucukan dan menghiburkan hati saya yang terlalu lara. Saya tetap menghormatinya tanpa memberikan sebarang komen. Bila suami pulang berkerja ... suami saya yang stress dan lara juga turut gembira mendengar ulasan dari mak mertuanya. 

Bersama ibu yang tercinta sebelum saya pulang semua ke Seremban
Seperti biasa sebelum saya pulang ke rumah saya akan bergambar dengan mak

Mak dah pun pulang ke kampung 3 hari lepas ... kini saya tidak lagi mendengar pelbagai pertanyaan & kenyataan baru mengenai MH370 darinya. Sewaktu pesawat MH370 hilang pada 8 March lalu... mak menelefon saya dari rumah kakak ... dia tahu pesawat yang hilang itu ialah pesawat jenis B777... dan dia tahu menantunya membawa pesawat A380 ... dan dia juga tahu suami saya ada di rumah .... orang yang dia tanyakan ialah "Farid mana?" ..... Mungkin orang yang bernama Farid ini dia kenal dan pernah berjumpa .... saya kata....  "ada dan Farid tak bawa 777 mak"..... dia sama macam Hisham bawa A380. Tanpa apa apa cerita lagi  dia terus meletakkan telefon. Begitulah orang tua... bila sudah mendapat maklumat yang dia mahu dia terus meletak telefon tanpa sebarang ucapan bye atau apa apa..... saya dah faham perangai mak saya ini.

Sewaktu di Mersing pula baru ini .... dia bercerita kepada Pak cik Lokman saya ..... yang dia rasa pesawat MH370 disorokkan dan orang telah menyelimutkan pesawat itu dengan "gebor" (itu bahasa orang Johor bagi selimut) ..... Saya hanya mampu mengerutkan dahi dan tak tahu nak cakap apa dah dengan kenyataan baru mak saya ini yang pesawat itu orang sorok dan selimutkan dengan gebor supaya orang tak dapat lihat..... Huhhhhhh ..... mak.... mak.... sangat menghiburkan. Dalam hati saya berkata "Alhamdulillah" kalaulah semudah itu mak..... 

Bila saya fikir fikir semula .... pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh stesen stesen TV tersohor dunia juga seperti ibu saya ini. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan tanpa sebarang bukti dan fakta yang sahih. Apa kurangnya dengan kenyataan perisikan dari Russia yang mengatakan pesawat MH370 berada di Afghanistan... dengan sebelah sayapnya patah. Tiada gambar dan tiada bukti yang sahih..... bila tiada gambar dan sebarang bukti yang sahih ... mereka semua mengeluarkan kenyataan sama sepeti mak saya yang bukan seorang pakar dari bidang yang berkaitan apatah lagi seorang agen perisik dari mana mana agensi perisikan utama dunia. Orang boleh bercakap dan terus bercakap ..... tanpa sebarang bukti... 

Stesen stesen TV Malaysia sepatutnya menemu ramah orang orang seperti dan seusia mak saya ini bagi memberikan "light moment" kepada penonton. Ini bukan kisah mempersenda sendakan MH370 ... tetapi ianya menggambarkan harapan seorang tua yang masih menaruh harapan yang tinggi MH370 akan ditemui semula. Mereka adalah golongan yang terus dan tidak putus putus berdoa saban hari akan keselamatan pesawat dan penumpang yang berada di dalam pesawat MH370 itu.

Airmata saya sudah kering.... tetapi hati saya masih menaruh harapan agar keajaiban akan berlaku seperti mana yang ibu saya katakan yang pesawat itu "disorokkan" di mana mana.... Segala doa dari saya untuk MH370..... 

Friday, 11 April 2014

Sekadar meng update blog yang sekian lama terbengkalai

  

Banyak masa yang terluang berlalu sia sia sahaja. Sekadar mengubat kerinduan di hati terhadap Kota Istanbul di musim bunga beberapa tahun yang lalu. Kota Istanbul masih menjadi destinasi penerbangan MAS. Semoga saya dapat mengulangi lagi perjalanan ke kota yang penuh sejarah dan indah ini.  Harapan saya .. entry hari ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya mula melatih diri untuk menulis kembali.







Semoga hobby saya membuat video perjalanan  muncul kembali. Tiada tujuan lain sekadar menguji kemampuan diri sendiri. InshaAllah... moga Jumaat ini memberikan kerajinan kepada saya untuk mengemaskini blog saya yang sudah terbengkalai sekian lama.




Wednesday, 26 September 2012

Biskut Gajus


Sebenarnya cerita Biskut Gajus ini saya buat masa bulan Ramadan lagi tapi masih duduk dalam draft rupanya.... hari ini baru post.... cerita bulan puasa yang lalu

Tiba tiba terasa rajin pulak meng update blog hari ini. En Suami saya baru pulang dari Jeddah beberapa hari yang lalu. Maka seperti biasa kacang gajus akan dibelinya selain dari kurma dan lain lain lagi. Apabila melihat blog seorang blogger masakan tersohor ... blog Puan Azlita dengan biskut gajusnya... maka saya pun membuat biskut gajus juga lah...  walaupun tidak secantik biskut gajus dari blog tersebut ...tapi ok lah.... daripada tiada baiklah ada... 

Ini buah gajus yang sebenar

Biskut gajus saya yang sudah siap dibakar


Rasanya .... ermmmm .... saya tak suka rasa biskut ini



 
   Tidak banyak saya buat biskut raya .... bak kata orang ..buat sekadar ..jangan tak ada...




Wednesday, 8 August 2012

Biskut Suji 



Catatan di ramadan yang ke 19.

Huuuuuhhhh ..... rasa kurang selesa akibat cari pasal buat biskut gajus. Ingatkan senang dan cepat proses pembuatannya... tetapi tidak seperti yang saya fikirkan. Banyak kerja juga berbanding dengan biskut suji ini yang tersangat mudah dan senang hendak membuatnya. Tiada olesan kuning telur, tiada biji gajus yang hendak diletakkan .... kalau tak percaya cubalah..... resepinya tersangat mudah dan proses pembuatannya juga tersangatlah mudah. Tiada banyak gambar yang saya ambil maka kuranglah pilihan gambar gambar yang cantik untuk diletakkan di blogku yang tidak seberapa ini.


Doh biskut suji yang telah di terap dengan acuan bentuk bulat.



Sambil menerap biskut... masih boleh mendengar bacaan Al Quran dan juga sempat FB .... ha ha ha



Satu tray sudah siap biskut sujiku.... biskut ini juga dikenali juga dengan nama biskut arab.. Kenapa Arab... saya pun tidak tahu...



Wahai orang orang yang beriman.... setiap kali mendengar suara Al Sudais ini bergetar membaca ayat ayat suci Al Quran saya akan melihat kembali maksud bacaannya itu... ternyata bagi yang memahami makna bacaan tersebut memang sungguh menggeletarkan jiwa....  Ya Allah... jadikanlah hambaMu ini insan yang baik dan taat kepada perintahMu...



Acuan bentuk bulat tiada ... maka saya gunakan acuan bunga yang telah saya terbalikkan. Akibatnya sakit jari sebab hujung2nya yang agak tajam




Resepinya:

Bahan bahannya:-

Minyak Sapi 400gm
Gula 400gm (kisar sehingga halus)
Tepung 900gm

Cara cara membuatnya:-

Masukkan minyak sapi ke dalam mangkuk, diikuti dengan gula .. kacau sebentar.. tak perlu lama sangat mengacaunya. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh boleh di terap dengan acuan. Bila doh sudah boleh di terap.... teraplah dengan bentuk acuan yang disukai. Saya cadangkan gunakan acuan bentuk bulat.

Sekian..

Wednesday, 1 August 2012

Biji Nangka



Teringat sewaktu kecil ..mak akan buat pengat biji nangka ini. Selalunya orang akan buat biji nangka ini pakai tepung pulut ... tetapi kami di Mersing biasa menggunakan keledek dalam pembikinan biji nangka ini. Kalau di pantai timur biji nangka bahan asasnya hanya tepung pulut... cara masaknya sama saja dengan santan. Biji salak memang menggunakan keledek. Walau bagaimana pun dan apa nama sekali pun sejak dari kecil inilah pengat biji nangka kami. 

Oleh itu maka jadilah pengat biji nangka di ramadan yang ke 12 ini. Rasanya ummm .... memang sedap kerana kesukaan saya.





Haa .... tangan sebelah kiri pegang senduk & sebelah kanan pegang camera

Semangkuk biji nangka




Saja nak ambil gambar sudu yang ada batu merah tu..




Berkongsi juga bersama jiran terhampir


Resepi tiada kerana main agak agak/ikut rasa sahaja.

Nanti kalau rajin saya akan tulis bagaimana cara membuatnya.




Serawa Durian Seronok juga memindahkan gambar gambar dari album di FB ke dalam blog yang tidak seberapa ini sebagai rujukan untuk diri s...